Friday, May 14, 2010

12 jam yg perit..

jam 11.30 malam..

blup...(lebih kurang cmni la bnyi blackout)

aiseyman... gelap gak xde elektrik... itulah ayat pertama yg disuarakan oleh hatiku ini.
dengan berbekalkan nokia 1110 yg agak uzur rupanya, namun masih lancar fungsinya itu
aku gunakan sbagai sumber utama cahaya selepas cahaya yg lain pergi meninggalkan daku.


dengan keberanian yg tidak seberapa ini, aku berjalan menuju ke almari yg terletak kira2 12 batu nautica dari tempat aku berada. misi aku hanya ingin mencari sebanyak mungkin lilin yg ada.
seperti biasa, kehampaan sentiasa menyebelahi aku. dengan loghat kelantan yg aku begitu fasih ini maka aku mengeluarkan ayat yg berbunyi 'NATE APO, TIME AKU NOK GAK, TIME TU LA DIO TAKDOK'.


dengan suhu bilik yg sebelumnya berdarjah(bukan darjah yg masa sekolah rendah) 32 darjah celcius kini telah berkembang maju dgn naik menjadi lebih kurang 40 darjah celcius. aku menyatakan 'lebih kurang' oleh kerana masa itu mana aku ada termometer. gila apa gelap2 nak main termometer.


aku pun membiarkan diriku berada di dalam kegelapan dengan meletakkan jasadku di tepi daun pintu utama dengan harapan agar mendapat sedikit angin yg sempoi2. hasilnya kehadiran angin itu memang betul betul sedikit. tanya ku, mana angin yg lain? sakit perut apa?


selepas beberapa jam bertarung dgn kepanasan dan nyamuk yg merempit ditepi telinga sambil mengambil kesempatan ke atas diriku dengan menghisap darah sedikit sebanyak, peluhku mencurah curah umpama tasik missisipi. dalam benakku sekali lagi dalam loghat kelantan,' aku main bola 3 jam xberpeluh gini mo'.


beginilah kot rasanya org yg tidak ada bekalan elektrik??
aku baru 12 jam. depa tu bertahun tahun...
masyallah... ia membuatkan aku lebih bersyukur...


moralnya, jika berjalan menuju kehadapan, pandang pandang lah jugak ke belakang...
ini dapat membuatkan kira lebih bersyukur...



2 comments: