Tuesday, October 19, 2010

oh pemandu basku...

itu dia bas yg bakal aku naiki.. sedang menuju ke arahku..
aku yakin sekali.. kerana pemandunya sudah memberitahuku sebelum ini...
bas itu semakin hampir kepadaku..
deruman enjinya semakin jelas... hati aku semakin gemuruh.. excited.. tersenyum sendirian..

tiba2 ia mula memperlahankan kelajuan dan seterusnya membelok kekiri... aduhhh.. aku begitu mengharap sekali ia datang kepada ku... kenapa?
kenapa pemandu itu mengubah fikirannya utk mengambil aku?
kecewanya hati aku yg kecil ini... tersangat kecewa...
disebabkan org ramai di stesen bas itu, aku terpaksa menyembunyikan perasaan kecewaku..
tapi, apakah aku mampu menahan ini?
aku begitu menharap sekali...

sebelum bas itu mengubah haluan,
aku telah merangcang di mana akan aku duduk di dalam bas itu...
kaki mana yang bakal aku melangkah dahulu utk masuk ke dalam bas..
namun semua itu sudah terkubur bagiku....

aku terpaksa menundukkan mukaku kebumi...
penuh kekecewaan..
mengharapkan si pemandu bakal memberi alasannya kenapa tidak mengambilku....

Tuesday, October 5, 2010

Antara Racun dan Herba

suatu petang yg sedikit teduhnya....
panasnya membakar kulitku membuatkannya lebih
hitam dari hitam yg sedia ada...

pasti air yg aku mahukan.. pasti..
paha diraba, kocek diseluk..
dompet di tarik perlahan..

sebotol 100plus digapai dari jarak dekat..
dari peti sejuk berpetak yg galak bagai mesin tebu..
wah, rm2.00... mampu kot..

sekarang aku berada betul2 di hadapan cashier...
botol air aku aku letak menegak dihadapan..
sambil helaiaan ringgit dikeluarkan..

tiba tiba....

" mintak Dunhill '20' satu...."
suara garau sipi sipi ditelinga ku..
hitam nya muka!!! (hatiku berdetak)

owh.. silap.. beliau masih lagi bertopi keledar hitam...
seorang pakcik rupanya..
memotong line ku..
namun aku sabar kerna aku telah diajar yg ia separuh dari iman..

suara anak kecil berlari riang kearah pakcik itu...

"ayah, nk yang nie"anak kecil bersuara
"berapa harga nie?" bidas si ayah
(sambil membelek belek kotak air susu itu)
"rm1.20 yah" jawab si anak
"ohh, mahal nie. tukar yg lain".. si ayah lagi..

aku tersentak bak dirembat bola tepat ke arah muka..

aku cuba membandingkan barangan mereka..
Dunhill 20- rm9.30
&
Susu berkhasiat-rm1.20 yg direject...

masyallah... kenapa wahai si ayah?
rokok yg sedikitpun tidak mendatangkan manfaat itu tidak terasa mahalnya....
tetapi susu kotak yg sedikit murahnya dari 100plus aku yg berkhasiat
begitu mahal bgnya...

aku ingin juga menegur si ayah itu...
namun keberaniaan aku sekuman sahaja..
maafkan aku si anak kecill..
tidak dapat membela hak mu...

helaiaan rm 2.00 telah ku bayar..
tiba utk aku blah..

assalamualaikum...




Tuesday, June 29, 2010

2 prinsip kehidupan duniawi..

aku berpegang kepada 2 prinsip ini untuk membimbing aku kearah jalan yg terang benderang bak disuluh spotlight kira kira 2 kaki dari muka...


dua prinsip 'malu' aku pegang sejak dulu kala (xingat bila tp yg pasti lama) sehingga la sekarang...

malu yg pertama:

malu_bodoh....
malunya dirimu untuk bertanya akan sesuatu yg sukar difahami oleh akal fikiranmu, sampai bila kamu bisa memahaminya?? dengan bahasa halusnya, bodoh la dikau...

sama ka dengan maksud bodoh sombong??
terpulanglah kepada dirimu unuk menghuraikannya...


malu yg kedua pula amat digemari oleh diriku...

malu_lapar...
' jusoh, pegi lah order, aku belanja', katanya jimang...
'xpelahlah, aku dah kenyang nie', jawab mulut si jusoh tuu..

perut si jusoh pula berkata 'aku lapar nie bai.. tadi bedal roti jew.. 2 pon tibai roti member aku pnya...'

kerana malu perut binasa..

rezeki jngan ditolak.. maut jngan duk nak... nk malu pon biarlah bertempat.. so, pegang la prinsip yg si yon nie buat...

hehehehe....


Sunday, June 27, 2010

pandang.. tengok.. ramal..

katanya ulama...

jikalau mahu melihat perilaku masyarakat akan datang.. lihatlah remaja sekarang...



aku amat tertarik dengan dengan kata kata ulama ini... sambil sambil aku pekena nescafe tarik rega rm1.30, aku cuba mengalihkan pandangan aku terhadap sekeliling dengan kata kata itu sebagai tunjang penglihatanku..



penglihatanku akan remaja merempit...
adakah masa akan datang akan lahir manusia yg bertamadun??


penglihatanku akan perempuan berumur 9-11 tahun berpakaiaan seksi...
adakan masa akan datang mereka akan menjadi seorang muslimah???


penglihatanku akan kanak kanak berumur 8 tahun memaki hamun ibunya...
adakah masa akan datang mereka akan menjadi insan yg menghormati org tua??


penglihatanku akan seorang budak lelaki mengacukan pisau lipat rega 20sen utk merogol budak perempuan sebaya dengannya..
adakah masa akan datang negara akan aman damai??


penglihatanku akan pelajar pelajar yg melawan gurunya...
adakah masa akan datang akan lahir mereka yg bijak pandai??


penglihatanku akan ramai remaja menjadi pengedar dadah...
adakah kelak ramai usahawan berjaya muncul??


mataku mungkin terlalu sombong untuk menangis didepan khalayak ramai.. namun hatiku menangis teresak esak.... membayangkan keadaan dunia masa akan datang...




Friday, June 11, 2010

dikala aku kesunyiaan..

berilah aku segugus kasih...
pasti aku membalasnya dgn setandan kesayang...


berilah aku sehelai rindu..
pasti reaksiku senaskah kegembiraan...


berikanlah aku sekolam cinta..
dan balasanku selautan pengorbanan..


aku perlukan secawan kepercayaan...
kerana ia bisa memberiku satu JUG kesetiaan...


sampaikan daku sepasang perkhabaran..
pasti rautku sedozen keceriaan..


setiap sekuntum kemanjaanmu..
berjambak-jambak membuatku ingin membelaimu...


usah berikan aku sejamban kehampaan..
kerana se_flush keyakinanku tidak mampu dibangkitkan..




Thursday, June 3, 2010

wayang duniawi




seberapa ramaikah umat manusia hari ini sedar bahawa mereka hanya di perkotak katik kan? propaganda juga propaganda...

kita hari ini sukar mencari kebenaran dunia... oleh kerana yg menguasai dunia bertopengkan manusia.. segala media media di kuasai oleh mereka... media elektronik, media cetak mahupun media media lain juga..

perkara ini ternyata di sedari oleh penulis shakespere lantas mengeluarkan hujah yg berbunyi.... ' dunia ini umpama pentas. dan pelakon2 nya adalah kita'. bukan farid kamil jew.. rupanya kita nie artis juga.. jika ada pelakon, pasti ada pengarahnya?? siapakah mereka??


mereka ialah kuasa dunia sekarang bersama yahudi juga ahli ahli korporat.. si hitler pernah berkata, kenapa dia membunuh berjuta juta yahudi?.. jawabnya.. 'masa akan datang kalian pasti tahu mengapa aku membunuh yahudi' jadi.. lihat lah sekarang.. buka mata anda seluas luasnya.. yahudi inilah yg menguasai ekonomi, media, hiburan dan sebagainya..


dengan melihat berita berita dunia di televisyen kamu akan mendapat kebenarannya?? atau membaca akhbar2 harian?? adakah itu medan yg terbaik?? sedangkan yg menguasainya medan ini ialah mereka yg melakukan penipuan... kamu pasti tidak bodoh bukan?


JADI... dimana harus kita mencari kebenaran ini? aku pun sebenarnya tidak tahu.. marilah sama sama kita memikirkannya...

Thursday, May 20, 2010

ayam oh ayam...

pagi-pagi lagi....

trutt trutt.... trutt trutt... (deringan enset nokia aku)

hello assalamualaikum... 'sapaan aku' dengan suara yg baru bangun dari tido. cuba nak cover yg dah lama bangun tapi sering kantoi..

waalaikummussalam..'balas pemanggil'

rupanya itu ialah panggilan dari ayahku yg sedang berada di kampungnya.. kampungnya bersamaan juga dengan kampung aku kan? kan?

aku: ha, ayah ado gapo eh?
ayah: pegi lepas ayam dalam gop(reban) lepas 2 bg makan..............................................

(perbualan aku dengan ayah aku berlanjutan lebih kurang 10minit sambil di tambah adun sedikit nasihat2 yg berguna)... padahal kena marah sbb asyik bangun lewat...

selesai sudah solat subuh, aku bergegas menukar pakaiaan ku utk melaksanakan amanah oleh ayahku.. tugas ini terpaksa aku pikul kerana beliau berada di kampung.. agar mencabar bagi aku utk menggalas tugas ini walaupun hanya melepaska ayam dari reban di samping memberi mereka sarapan pagi..


wah, nampaknya ayam2 ku sudah bersedia utk di beri suapan pagi.. aku suruh mereka beratur utk mendapatkan makanan namun tidak di endahkan.. aku mengerti kerana mereka hanyalah seekor, eh, bnyak ekor jugak so, aku guna beberapa ekor ayam.. di berikan otak tidak utk akal.. bagaimana utk manusia yg tidak mengendahkan arahan atau suruhan??? mempunyai otak malahan akal... MAKNA KATA .....lebih teruklah dari ayam.. tidak begitu?


disebalik menabur nabur dedak dengan nisbah 3:3 (3 sukat jagung, 3 sukat xtaw nama apa mkanan tu) aku melihat ibu ayam bersama dengan anak anak jagaannya mematuk matuk makanan itu.. apa yg dapat aku lihat dari mata kasar ini, (cuba korang bayang) ibu ayam itu mematuk kepada dedak yg diberi oleh aku, kemudian anak anaknya berebut rebut mematuk di tempat yg sama dan si ibu melepaskan balik dedak yg telah dipatuknya utk si anak anaknya... (huh, berbelit belit ayat). pemikiran aku, si ibu itu sanggup mengalah demi anak anaknya....
pemikiran lain, si ibu sedang mengajar anak anak nya utk makan...


masyallah.. lihatlah manusia.. jika Allah s.a.w menciptakan binatang ini dengan adanya sifat keibuaan, kenapa ramai wanita atau nama lainnya utk mereka ini ialah betina di dunia ini dengan rela hatinya membuang begitu sahaja anaknya.. jika diperhatikan, ibu ayam itu juga terlanjur, buat dengan sapa entah. mana bapaknya pun xtaw la di mana 100% tidak menghiraukan si ibu ayam yg telah di nodainya.. namun si ibu itu tetap tabah membesarkan anak anaknya dengan penuh kasin dan sayang..

ini menurut pandangan mata hati aku lah..


sesudah menyelesaikan tugas mencabar ini dan menyelesaikan segala objektif.. aku pun tanpa berlengah lagi..
kerana masa bagiku amatlah penting.. so, aku nak sambung tido balik..


babai.......

Friday, May 14, 2010

12 jam yg perit..

jam 11.30 malam..

blup...(lebih kurang cmni la bnyi blackout)

aiseyman... gelap gak xde elektrik... itulah ayat pertama yg disuarakan oleh hatiku ini.
dengan berbekalkan nokia 1110 yg agak uzur rupanya, namun masih lancar fungsinya itu
aku gunakan sbagai sumber utama cahaya selepas cahaya yg lain pergi meninggalkan daku.


dengan keberanian yg tidak seberapa ini, aku berjalan menuju ke almari yg terletak kira2 12 batu nautica dari tempat aku berada. misi aku hanya ingin mencari sebanyak mungkin lilin yg ada.
seperti biasa, kehampaan sentiasa menyebelahi aku. dengan loghat kelantan yg aku begitu fasih ini maka aku mengeluarkan ayat yg berbunyi 'NATE APO, TIME AKU NOK GAK, TIME TU LA DIO TAKDOK'.


dengan suhu bilik yg sebelumnya berdarjah(bukan darjah yg masa sekolah rendah) 32 darjah celcius kini telah berkembang maju dgn naik menjadi lebih kurang 40 darjah celcius. aku menyatakan 'lebih kurang' oleh kerana masa itu mana aku ada termometer. gila apa gelap2 nak main termometer.


aku pun membiarkan diriku berada di dalam kegelapan dengan meletakkan jasadku di tepi daun pintu utama dengan harapan agar mendapat sedikit angin yg sempoi2. hasilnya kehadiran angin itu memang betul betul sedikit. tanya ku, mana angin yg lain? sakit perut apa?


selepas beberapa jam bertarung dgn kepanasan dan nyamuk yg merempit ditepi telinga sambil mengambil kesempatan ke atas diriku dengan menghisap darah sedikit sebanyak, peluhku mencurah curah umpama tasik missisipi. dalam benakku sekali lagi dalam loghat kelantan,' aku main bola 3 jam xberpeluh gini mo'.


beginilah kot rasanya org yg tidak ada bekalan elektrik??
aku baru 12 jam. depa tu bertahun tahun...
masyallah... ia membuatkan aku lebih bersyukur...


moralnya, jika berjalan menuju kehadapan, pandang pandang lah jugak ke belakang...
ini dapat membuatkan kira lebih bersyukur...



Monday, May 10, 2010

...buat sang permata....

takungan hati ini seperti ingin jatuh...
kerana kapasitinya hampir penuh....
menyimpan kerinduan yg sebesar mamoth....


jika bersama mu wahai pujangga...
hati ku ini umpama mentol 64watt ia bercahaya....
tanpamu disisi wahai permata.....
malap bagai mentol 15watt, tggu masa mematikan cahaya...


apabila mata ini terbuka...
saat itulah adengan merinduimu bermula....
hanya akan tamat apabila...
tertutupnya dua kelopak mata..


menipulah aku jika aku berbicara...
sayangku bisa mematikan matahari punya cahaya..
tetapi sebetul juga sememangnya........
ia memang tidak terkira....








Friday, May 7, 2010

kawan kamu...


Aku bukan ingin mengajar cara mengeja perkataan k.a.w.a.n.....


kawan atau nama dia yg satu lagi ialah sahabat...
mari kita bayang sama2 saat2 indah bersama mereka...


kalau mereka menghadapi masalah... pasti kita akan membantu...
begitulah sebaliknya....


tetapi kenapa??????????????????


setiap seribu perbuatan baik mereka yg lepas........
sekelip mata akan terhapus...
hanya dengan satu keburukan atau kesilapan sahaja...



sungguh sedih...
terlalu sedih....
betul betul sedih...













dikala panas memayung....

oh air tebu..............
mengiur mulut ku memikirkan mu.......
cuaca terik begini menambahkan nafsu.....
utk mendapatkan mu.....
si air tebu.....

si tebu dgn si mesin tebu......
hubungan mu bagai isi dgn kuku....
kerna kamu saling memerlu....
antara lain dgn satu....

bagaimana si tua mampu meminum air tebu...
jika bukan kerana si mesin tebu....
tkkn nk gigit batang tebu yg keras macam kereta lembu...
kerana gigi si tua itu tiada pun satu...

nk mnum air tebu kenalah ada air batu...
barulah sedap hngga menjilat bangku...
jgan smpai menjilat seluruh gerai penjual tebu...
komfomlah kau.....
menjadi tebu....
macam mana tu?
tebu selepas digilis oleh si mesin tebu....