Sunday, June 27, 2010

pandang.. tengok.. ramal..

katanya ulama...

jikalau mahu melihat perilaku masyarakat akan datang.. lihatlah remaja sekarang...



aku amat tertarik dengan dengan kata kata ulama ini... sambil sambil aku pekena nescafe tarik rega rm1.30, aku cuba mengalihkan pandangan aku terhadap sekeliling dengan kata kata itu sebagai tunjang penglihatanku..



penglihatanku akan remaja merempit...
adakah masa akan datang akan lahir manusia yg bertamadun??


penglihatanku akan perempuan berumur 9-11 tahun berpakaiaan seksi...
adakan masa akan datang mereka akan menjadi seorang muslimah???


penglihatanku akan kanak kanak berumur 8 tahun memaki hamun ibunya...
adakah masa akan datang mereka akan menjadi insan yg menghormati org tua??


penglihatanku akan seorang budak lelaki mengacukan pisau lipat rega 20sen utk merogol budak perempuan sebaya dengannya..
adakah masa akan datang negara akan aman damai??


penglihatanku akan pelajar pelajar yg melawan gurunya...
adakah masa akan datang akan lahir mereka yg bijak pandai??


penglihatanku akan ramai remaja menjadi pengedar dadah...
adakah kelak ramai usahawan berjaya muncul??


mataku mungkin terlalu sombong untuk menangis didepan khalayak ramai.. namun hatiku menangis teresak esak.... membayangkan keadaan dunia masa akan datang...




No comments:

Post a Comment