Tuesday, October 19, 2010

oh pemandu basku...

itu dia bas yg bakal aku naiki.. sedang menuju ke arahku..
aku yakin sekali.. kerana pemandunya sudah memberitahuku sebelum ini...
bas itu semakin hampir kepadaku..
deruman enjinya semakin jelas... hati aku semakin gemuruh.. excited.. tersenyum sendirian..

tiba2 ia mula memperlahankan kelajuan dan seterusnya membelok kekiri... aduhhh.. aku begitu mengharap sekali ia datang kepada ku... kenapa?
kenapa pemandu itu mengubah fikirannya utk mengambil aku?
kecewanya hati aku yg kecil ini... tersangat kecewa...
disebabkan org ramai di stesen bas itu, aku terpaksa menyembunyikan perasaan kecewaku..
tapi, apakah aku mampu menahan ini?
aku begitu menharap sekali...

sebelum bas itu mengubah haluan,
aku telah merangcang di mana akan aku duduk di dalam bas itu...
kaki mana yang bakal aku melangkah dahulu utk masuk ke dalam bas..
namun semua itu sudah terkubur bagiku....

aku terpaksa menundukkan mukaku kebumi...
penuh kekecewaan..
mengharapkan si pemandu bakal memberi alasannya kenapa tidak mengambilku....

No comments:

Post a Comment